Syahid seorang Pejuang :'( 
Berfikir sejenak. Tiba2 hati terdetik ingin menulis tentang seorang pejuang yang sudah pergi kembali padaNya. Kekadang apabila memikirkan pejuang itu sering kali membuatkan airmata ku menitis tanpa kusedari. Ya. Barangkali mugkin kagum dengan usahanya yang begitu mulia sehingga beliau digelar syahid dunia!
Allah. Tiba2 hatiku tersentak. Perasaan apa ini? Syahid?
Satu perktaan yang begitu mulia bahkan aku merasakan diri terlalu kerdil untuk mengapainya.
Bagi sy. Syahid itu mugkin satu anugerah yang diberikan Dia untuk hambaNya yang berjuang bermatian2 tanpa mengenal erti penat lelah dunia. Tiada memikirkan kesenangan. Kemewahan. Keseronokan bahkan didalan hatinya mugkin Cuma memikirkan perjuangan semata2 kerana Dia juga smata2 kerna ingin mencari RedhaNya!
Aku terfikir sendri. Kadang2 ku terjumpa kata2 pejuang itu yang membuatkan ku kagum dengan nya.
"aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mugkin sudah tiba masanya aku mngorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan dimuka bumi milik Sang Pencipta ini"
Ada lagi katanya yang membuatkan ku terfikir.
''perlu ada keredhaan Allah dalam setiap amalan kalian. sekiranya Allah Redha sedangkan seluruh dunia berpaling darimu. maka itu tidak penting. jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak. maka ia tidak memberi kesan apa2 pun. kerana itulah septutnya hanya Redha Allah semata2 yang menjadi tujuan dalam khidmat dakwah ini"
Mugkin sebahagian dripada mereka tahu siapakah pejuang yang kumaksud kan itu.
Dan kepada siapakah gelaran "As syahid" itu dianugerahkan Dia tuk hambaNya yang mulia.
Ketahuilah. Dialah “Ahmad Ammar Ahmad Azam” seorang pejuang yang telah syahid ditempat mulia bahkan dia juga telah menggalkan seribu kenangan juga sejarah yang mugkin dapat membangkitkan semangat ummah kepada kita smua.
Trfikir. Apakah yang sudah dilakukan oleh pejuang syahid itu sehingga dia begitu dimuliakan oleh Tuhan kita(Allah) juga yang lainnya? Sehingga beliau dikebumikan bersama para shbat kekasih Dia (Rasulillah)yang disyahid dijalanNya.
Allah..Allah. Allah. Sungguh mulia pejuang itu.
Teringat akan tazkirah yang telah disampaikan oleh penceramah turki sebelum pngembumian arwah.
"Alangkah bahagianya Ammar kerana akan bangkit bersama shbat Nabi Abu Ayub Al-Ansari yang akan berpegangan tgan dngan beliau. Kamu keluar dri Mlaysia dan dtang ke Istanbul lalu bgkit bersama shbat Nabi yang dtang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah swt"
Allah. Lihat? Tidakkah kita merasa cemburu apabila pejuang yang syahid itu akan bangkit brsama shbat Rasul? Pasti ada bukan?
Bagiku mugkin itu tanda kita masih punya iman. Ya. Mugkin juga ini adalah slah satu dari perancngan Dia tuk hambaNya yang berjihad dijalanNya juga untuk mnyedarkan kita yang sering lalai bahkan tidak mnyedari akan hakikat pejuangan yang sebnar. Kita bahkan mugkin terlalu mngikuti nafsu yang sering mnampakkan keindahan yang membuatkan manusia itu buta ! Allah.
Ada satu kata2 yang diluahkan ibundanya.
"arwah cuma manusia biasa. Bahkan sama seperti kita. Yang mmbezakan kita dengan dia adalah akhlaknya"
Ya..akhlak! seperti yang sy bilang sebelumnya kita perlu memilih sama ada memilih kebaikan atau keburukan. Bukan Dia yg mnentukan siapa yang ingin berjuang dijlanNya bahkan kita sendri!
Bahkan beliau tidak begitu dikenali rmai dari sebelumnya. Tapi selepas kematiannya yang mulia namanya dikenali bahkan mugkin dipelusuk dunia. Hanya Dia saja yang tahu. Bahkan ku merasakan itulah rezeki Tuhan kepada hambaNya yang sudah berpenat lelah berjuang dijlanNya. Allah. Sudah terbukti itu. Ku terfikir. Sungguh bertuah dan bahgia ibubapa itu kerana sudah melahirkan seorang syahid seperti”Ammar”bahkan mungkin amal soleh anaknya menjadi bantuan buat ibu bapanya diakhirat kelak. Allah. InsyaAllah. Itu saja yang mampu ku ungkapkan.
Ayuh kita bangkit dari kelalaian dunia. Lihat Allah sudah membantu kita dengan melahirkan seorang pejuang yang sudah gugur syahid untuk mnyedarkan kita semua tentang erti pejuangan yang sebenar. Jika jatuh bangkit. Ayuh. Dia ada bersama kita. Tidak pernah sesekali mnggalkan kita. Sudah terbuti dalam ayatNya yang suci. Surah Ad-Dhuha ayat 3
"Tuhanmu tidak meninggalkanmu juga tidak membencimu"
Bahkan Dia sentiasa bersama kita
"La takhof wala tahzan Innallah Hama’ana"
Sama2 kita berusha. Moga apa yang dismpaikan ini diterima Nya. Sungguh pejuangan dia kekadang membuatkan kita cemburu dan mgkin juga dapat menaikkan semngat tuk terus bangkit kerna Nya. Sy doakan smoga Dia juga turut memilih kita. Dlam memperjuangkan agamaNya setrusnya dpat bangkit bersama2 pejuang yang mulia "Arwah Ahmad Ammar" disyurgaNya kelak. Allah. Aamiin2.
Arwah Ammar. Bahagialah engkau disana bersama bidadari disyurgaNya. Bergembiralah kamu. Biarkan kami yang memikul kembali pejuangan yang sudah engkau lakukan sepertimana yang sudah dilakukan para sahabat ketika wafatnya baginda saw. InsyaAllah. Moga Dia permudahkan segalanya.
~ Sy mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dari pnyampaian sy. Apa yang baik itu datang daripda Allah dan apa yang lemah itu dtang dripada diri sy sendri.
#AlFatihah untuk “Arwah Ahmad Ammar”
~ moga Dia Bantu. Moga Dia Redha ~
Label: Bakal Jenazah ♥


Wanna exchange banner? Tell me at CBox!
: 




nak copy paste bole je ..