Muhammad Bin Abdullah ♥ '' ♥ 
Muhammad bin Abdullah.." Seagung-agung makhluk yang dicintai daripada ciptaan Allah semuanya.
Ketika kamu mendengar nama 'Muhammad', apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini?
Ada satu cerita..
Ada selepas kewafatan baginda, Bilal tidak mampu untuk melaungkan azan di Kota Madinah kerana terlalu rindu pada RasulAllah..
Kerana setiap kali selepas azan, Bila mesti terus menuju ke bilik RasulAllah dan berkata 'Solat ya RasulAllah..'
Bila Bilal bertemu dengan Hasan dan Husain (cucu baginda), Bilal memeluk erat dan mencium mereka, kerana Bilal terlalu rindu pada RasulAllah..
Dipeluknya Hasan dan Husain lalu Bilal menangis. Tercium pada kedua cucu baginda wangian milik atuk mereka, RasulAllah saw..
Sehingga satu saat, Hasan dan Husain meminta kepada Bilal untuk azan, Bilal tidak mampu untuk menolak permintaan mereka. Allah ;(((
Lalu Bilal pun terus naik ketempat yang pernah Bilal berdiri untuk azan ketika zaman RasulAllah saw..
Ketika Bilal laungkan azan 'Allahuakbar.. Allahuakbar..' Terkejut penduduk Kota Madinah..
Sampai part 'Asyhadu anna Muhammad RasulAllah..' Bergetar suara Bilal, terasa kesedihan yang sayu, Bilal tak mampu nak teruskan azan..
Pernah ada diriwayatkan, selepas kewafatan baginda, Kota Madinah tak pernah sesedih seperti mana hari Bilal melaungkan azan itu. Allah..
Sekarang.. Bila anda mendengar/menyebut "Asyhadu anna Muhammad RasulAllah.." Bergetarkah hati anda?
Cerita yang saya tak akan pernah lupa.. InshaAllah hingga satu saat, saya punya anak, dan keluarga, saya akan ceritakan pada mereka.
Kisah cinta Bilal pada RasulAllah tak pernah gagal buat saya mengalirkan air mata..
Siapalah saya ni, layak ke nak dapat syafaat? ��


Wanna exchange banner? Tell me at CBox!
: 



nak copy paste bole je ..