Bingkisan Dakwah ♥``♥
Assalamualaikum !
Meet the owner


Aku seorang hamba Allah yg bercita-cita ingin menjadi Muslimah Solehah .. tapi Aku tak sebaik Khadijah .. Tak setaqwa Fatimah .. Tak sepintr Aisyah .. Tegur Aku jika Aku Salah .. mohon bimbing AKu ke Jalan yg Benar :) PS : DON'T EVER OPEN MY PAGE SOURCE!


Da Secret Boxes!
I'll show you something



1 2 3
1. Archive
2. Contact
3. Facebook

Walkie Talkie!
Chat here



PUT YOUR CBOX CODE
Recommended : cbox.ws

The Background!
Pick it



Background #1 Background #2 Background #3

Credit!
Big clap



Template By : Ayesha
Basecode : Ra
Help : Salsa , Aisyah & Google
Owner : Dakwah is For All

Muhammad Bin Abdullah ♥ '' ♥
Selasa, 27 Mei 2014 | 1:10 PG |

Muhammad bin Abdullah.." Seagung-agung makhluk yang dicintai daripada ciptaan Allah semuanya.

Ketika kamu mendengar nama 'Muhammad', apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini? 

Ada satu cerita..

Ada selepas kewafatan baginda, Bilal tidak mampu untuk melaungkan azan di Kota Madinah kerana terlalu rindu pada RasulAllah.. 

Kerana setiap kali selepas azan, Bila mesti terus menuju ke bilik RasulAllah dan berkata 'Solat ya RasulAllah..'

Bila Bilal bertemu dengan Hasan dan Husain (cucu baginda), Bilal memeluk erat dan mencium mereka, kerana Bilal terlalu rindu pada RasulAllah..

Dipeluknya Hasan dan Husain lalu Bilal menangis. Tercium pada kedua cucu baginda wangian milik atuk mereka, RasulAllah saw..

Sehingga satu saat, Hasan dan Husain meminta kepada Bilal untuk azan, Bilal tidak mampu untuk menolak permintaan mereka. Allah ;(((

Lalu Bilal pun terus naik ketempat yang pernah Bilal berdiri untuk azan ketika zaman RasulAllah saw..

Ketika Bilal laungkan azan 'Allahuakbar.. Allahuakbar..' Terkejut penduduk Kota Madinah..

Sampai part 'Asyhadu anna Muhammad RasulAllah..' Bergetar suara Bilal, terasa kesedihan yang sayu, Bilal tak mampu nak teruskan azan..

Pernah ada diriwayatkan, selepas kewafatan baginda, Kota Madinah tak pernah sesedih seperti mana hari Bilal melaungkan azan itu. Allah..

Sekarang.. Bila anda mendengar/menyebut "Asyhadu anna Muhammad RasulAllah.." Bergetarkah hati anda?

Cerita yang saya tak akan pernah lupa.. InshaAllah hingga satu saat, saya punya anak, dan keluarga, saya akan ceritakan pada mereka.

Kisah cinta Bilal pada RasulAllah tak pernah gagal buat saya mengalirkan air mata.. 

Siapalah saya ni, layak ke nak dapat syafaat? ��
Tajdid Niat ^_^

Assalamualaikum 
Emm....

Okeh, sedikit perkongsian kali ni
karangan ana pendek je...izinkan ana
pinjam mata, pinjam minda para
pembaca sekalian untuk kita berkongsi
ilmu...in shaa Allah 


"Tajdid niat."

Ape tuh?
Perbaharui niat, perbetulkan niat, check
balik niat, tanye hati "kenapa ana wat ni
atau tu atau ni?" , soal diri " betul ke apa
yang ana buat ni?" dan apape lah yang
sewaktu dengan nya .


Nak cite kat sini, setiap apa yang kita buat

dan lakukan dan amalkan dan berniat nak
buat dan...dot..dot..dot...mestilah kerana
Allah Ta'ala...hee...barulah kehidupan kita
diredhai Allah .
Bayangkan~ kita nak lakukan sesuatu
perkara tu...contoh nye dakwah. Tak
kesahlah dakwah lisan ke, amalan ke,
tulisan ke, atau yang famous sekarang ni
adalah dakwah di facebook, twitter,
blog...hee  mula2 mungkin ada
segelintir yang fikir :
" bile ana share yang baik-baik, barulahh
orang tau yang ana ni baik, suka
berdakwah...bagus nye ana ni~"
atau
" sikit nye yang like status ana....dakwah
ni~ malas dah la nak post yang baik-baik,
bukan orang like pun..."
atau
" sikit nye yang follow blog ana...malas
dah la nak dakwah, bukan orang bace
pun.."
Ish...ish..ish... ( geleng-geleng)
Tak patot...tak patot....

Bile hati dah fikir camtu lah kita kena
tajdid niat...betulkan niat, kita nak dakwah
sebab apa? Adakah supaya kita dipandang
mulia oleh manusia? Atau kite nak redha
Allah, dan jalankan tanggungjawab kite
untuk amar ma'ruf nahi mungkar?

Alhamdulillah kalau niat kita kerana Allah
 Kalau tak, shuh! shuh! buang jauh
jauh perasaan tu, cara terbaik adalah
dekatkan diri dengan Allah, doa pada
Allah supaya dijauhkan daripada penyakit-
penyakit hati tuh....contohnye....riak,
takabbur dan ujub.

Fahami betul2 konsep
dakwah, asalkan kita ada usaha tuk
berdakwah...tu dah cukup . Tu kalau
dalam dakwah, samelah gak dalam
perkara2 lain.

Waktu kite wat pape tuh, jangan lah kite
mengharap kan pandangan manusia tapi
pentingkan pandangan Allah, dan ingat
ni...Allah pandang pada usaha kita, Allahh
tak pandang pada hasil 

Jadi, usaha tuk amalkan setiap kali kita
bangun daripada tidur....kita niat dlam
hati..
" Ya Allah, sesungguhnya setiap amalanku
pada hari ni hanya kerana Mu "
maka setiap apa yang kita buat sepanjang
hari tu adalah ibadah  Ha! jangan
salah faham tau, ibadah tu bukan solat
je....setiap apa yang kita niat kerana Allah
adalah ibadah.

Anggaplah dunia ni
hamparan sejadah, kat mane mane pun
kita beribadah...

Jom kita usaha sama-sama, sebab diri ana
sendiri pun masih berusaha 

Tajdid Niat....Lillahi Ta'ala!

Akhir kalam, semoga kita semua berada
dalam keredhaan Allah...insyaAllah 
Terima kasih sudi pinjam kan mata-mata
antum sekalian...ana pulangkan...moga
pinjaman tu bermanfaat buat diri ana dan
antum sekalian 
Sekiranya ade yang salah, ana terima
sebarang teguran...
Assalamualaikum!
AKU TIDAK SEPERTI MEREKA ~



aku - 
tak seperti mereka.
yang solatnya terjaga
penuh dengan rasa rendah diri terhadap sang tuhan
mereka yang istiqamah puasa sunatnya
solat dhuha pula seakan wajib
subuh dan asarku tak seperti mereka -
yang selalunya dihiasi bacaan ma’thurat
quran pun terkadang dibiar sepi di rak
tahajud apatah lagi.
aku -
tak sekuat mereka.
mampu terus bertahan saat diasak dengan ujian
mampu tabah bila takdir tak seiring dengan kehendak
mampu terus berdiri saat hati sebenarnya sudah goyah
seringkali diri ini
tenggelam dalam kesedihan dan kelemahan.
aku -
tak punya akhlak seperti mereka.
saat mereka berjubah dan berjilbab indah
diri ini lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt biasa
kata-kataku tak seindah kalam mereka
hingga mampu menembusi hati manusia lain
bicaraku pula, tak selembut bicara mereka.
yang aku tahu
aku tak mampu jadi seperti mereka
tapi aku akan terus berusaha dan berusaha
untuk islah diri sendiri
walau tak mampu jadi seindah mereka :)
 
”
Aku , tidak seindah pelangi selepas hujan .. 
by : Cik Daun Purple ♥
Kertas yang Tak Sempat Dibaca ^_^


Kehidupan ini adlah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang .. 

Dunia semuanya seperti kertas .. 
Ramai yg bersedih ,, bangga ,, malu dan gembira kerana KERTASNYA ..
Kerana kertas manusia dipuji, 
Kerana kertas manusia dihina,

Kerana kertas manusia terpisah, 

Kerana kertas manusia berkuasa,
Kerana kertas manusia merana.


Sijil Kelahiran- Kertas
Sijil Penghargaan- Kertas
Sijil Kelulusan- Kertas
Sijil perkahwiman- Kertas
Ijazah- Kertas
Buku akaun- Kertas

Saman- Kertas
Tesis- Kertas
Passpot- Kertas
Sijil perubatan- Kertas

Jemputan ke program- Kertas
Duit- Kertas


Hanya satu kertas yg DIMILIKI seseorang tetepi
TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri

SIJIL MATInya .. 


Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan ..

Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yg tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini ..


jaga solat naa ! solatkn tiang Agama .. jika kite tak laksanakan .. pasti runtuhh :/ 

by : Cik Daun Purple ♥
Cover Your Aurah sayang ! ♥

Bismillahirrahmanirrahim ..
Duhai muslimahku sayang . 
Mari perbaiki diri menjadi lebih baik ? 


Bagaimana ?
Mari mulakan dengan luaran kita .

Terkadang , keterpaksaan itu akan menjadi suatu kebiasaan . 


Cuba cerminkan diri kita .
Dari kepala hingga ke kakI .
Apakah sudah menutup aurat dengan sempurna dan mengikut syariat ?

Mari check satu persatu :')

Duhai muslimahku sayang .
PakaI tudung bukan utk menutup kepala semata mata .
Pakai tudung utk menutup aurat kita yakni rambut , telinga , leher dan dada .
Jadi pastikan pakaI scarf yg fully tutup rambut , tudung yg tidak jarang . Jika jarang , pakai lah dgn inner tudung .

Allah tak suruh pn pakai tudung labuh berjela jela .
Allah hanya suruh lebuhkan tudung bawah dada .
Simple kan ? :')

Baju , seluar dan kain pula .
Pastikan longgar , tak ketat dan tak jarang .
Warna tidak terlalu kontra sehingga menarik perhatian mata .
Kaki dan lenganmu juga aurat sayang .
Tutupilah ia dengan handsock dan stokin .

Cuba bayangkan dirimu sebegitu ?
Allahu indahnya :')
Bidadari solehah dunia . 


Mungkin pada permulaan akan rasa tidak selesa .
Namun paksa kan dirI saja .
Lama lama akan terbiasa dan kamu akan rasa nikmatnya .

"Kalau lah aku pakai sebegini dari dulu lagi .."

Allah :')

Mari sayang ?
Kita mulakan langkah lakukan perubahan kerana Allah .


Mari masuk syurga bersama sama :')


jom raih cinta Allah dahulu .. sblom raih cinta manusia .. ♥

semoga istiqamah sayang ! 

Label:

Munajat Seorang Hamba :(
Khamis, 6 Mac 2014 | 4:47 PG |

       wahai Tuhan kami ...
    berilah kami perasaan takut kepadaMu
yg dpt menghalang kami dripd kemaksiatan
    dan berilah kami ketaatan kepadaMu
    yg menyampaikn kami ke SyurgaMu..
 dan berilah keyakinan yg memudahkn kami
       menghadap ujian di dunia !
     


 wahai Tuhan kami ...
      berilah kami nikmat pendengaran
penglihatan & kekuatan tubuh badan selama hidup kami
   dan jadiknlah ia mewarisi kami & berilah pembalasan
       kpd orang yg menzalimi kami !
   dan janganlah KAU jadikn bencana bg kami
dlm agama kami & janganlh jadikn keduniaan
     sebesar besar cita citanya kami
   dan tidak sampai batasan ilmu kami ..
       dan janganlh KAU biarkan
    orang yg tidak menaruh kasihan belas
   terhadap kami dpt mnguasai ke atas bumi !
       


wahai Tuhan kami ...
kami mohon perlindungan dgn nur kesucianMu
dan berkat kebersihan & keagungn sifat jalalMu
      dari setiap yg datang waktu malam
       kecuali yg datang dgn baik !
       


wahai Tuhan kami ...
      KAUlah penolong kami
maka kepadaMu kami memohon pertolongan
     KAUlah tempat kaamo menyelamatkn diri
maka kepadaMu jua kami memohon keselamatan ! .. ^__^
Muhasabah Diri ^_^


Lahir hospital kerajaan ,, pergi skolah kerajaan ,, universiti mnta kerajaan and nak kawin mntak loan dgan krajaan ,, keja kat krajaan .. Tapi Kutuk Kerajaan.
.
Haa! Dgr pula jawapan ni ...
.
Lahir kat bumi ALLAH ,, hirup udara ALLAH ,, rezeki mntk dr ALLAH ,, jntung bdgup atas izin ALLAH ,, tapi lawan ALLAH and langgar aturan ALLAH .. lulus lesen judi ,, rasuah sana sini ,, lesen arak mudah dberi .. Ooooh soal ni kamu TOLAK ?? 

Muhasabah diri ya ~

Kupu-kupu =>

Kupu-kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka,
tapi orang-orang tahu betapa indahnya mereka.

Seperti juga dirimu…
Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu tapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya.

Iaitu… 

Ketika engkau TUNDUK dalam SYARIAT-Nya,REDHA atas TAKDIR-Nya.terSENYUM dalam MUSIBAH,TEGAR dalam UJIAN,TEGUH dalam PENDIRIAN..




Subhanallah…
Semoga kita semua termasuk dan yang terpilih menjadi hamba yang terindah di mata-Nya.

Bersungguh-sungguhlah dalam mencari dan terus mencari cinta Illahi...
Ohhh .. Muslimah !
Isnin, 30 Disember 2013 | 1:54 PG |


kenapa buat maksiat,nak bagi Tuhan laknat,pakai baju ketat2,kau ingat lawa sangat.

Tuhan bagi kau kudrat,kau jerit kuat2,kau fikir suara tu bukan aurat.

beli baju untuk dikerat,kerat baju sampai singkat,habis nampak lubang pusat,apabila semua lihat,mereka akan terjerat,maka terjadilah maksiat.

oleh itu sedarlah muslimat,bahawa segeralah bertaubat,kiamat dah dekat,nanti nak mengucap takut tak sempat.

sebelum pintu taubat tertutup rapat,kepada semua yang terlibat,ingatlah sebelum terlambat,janganlah terasa sangat,niatku nak nasihat,bukannya mengumpat,kerana aku bukanlah baik sangat. ~ 


Hawa , jom cover Aurat !
[ Panas kt DUNIA tak pa !  jgn panas d AKHIRAT kelak ]
Kite Manusia ! Bukan Tuhan !

"KAU nak berubah ?
Xpayah la .. orang macam kau nie xlayak nak berubah ..
JAHAT sangat!"

Amboii ! sedap uhh duk kata kat orang ..

Meh nak habaq...Allah berfirman dalam surah:
Az zumar 53:Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nie ada satu lagi .. sabda Rasulullah saw ..
Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli ..

So....jangan nak memandai2 hukum orang nahh .. ! 
Remember !  kita manusia .. Bukan Tuhan ..


Label:

Sollu Alan Nabi :D
Isnin, 23 Disember 2013 | 5:34 PG |

malam ni dekat twitter & facebook ramai yg berselawat kpd Rasulullah SAW :D

Macam Manalah Keadaan KitaNanti Saat Malam Pertama ?? Di Alam Barzakh ?? Gelap ,, Panas ,, Sempit  ..Malaikat Menyoal .. Kita Sensorang 

Akan Tiba Saat Itu Nanti .. Sudah Bersedia ??
Allahurabbi ..
Allahhuma Solli Ala Saidina Muhammad ~




Kenapa kita tak mahu selawat kepada Rasulullah SAW sedangkan Allah pun selawat pada Rasulullah SAW .. 

Jangan kedekut ^_^ 

Alhamdulillah :D
Dai'e :D


Saat kita ‘lelah’.
Akan ada tangan-tangan yang mengenggam erat.
Akan ada tangan-tangan yang mendo’akan kita.

Tiap masa. Dalam diam. Tetapi penuh bermakna.

Membuat kita tidak pernah lupa;

Mahabbah Sang Rabb itu selalu ada untuk kita.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah.

Semoga ‘kamu’ sentiasa dalam Mahabbah-Nya.
“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Lillah! :’)
Tabarakallah ..
Semoga Allah Redha .. :D 

Label:

Jatuh ^_^
Sabtu, 21 Disember 2013 | 12:31 PG |

Siapa kate JATUH tak sakit ? 

sakit !

Malah kdg2 mmbuat kite tak larat untuk mnghadapinye ! 

tapi ap boleyh buat ? 

takkan nk trus trduduk ? 

Ayuh ! Belajar untuk BANGKIT ! 

Walaupom sikit demi sedikit :D 
| Muslimah |

"Muslimah itu ,, Terkadang gelak kuat tak henti-henti ,, Terkadang juga minum berdiri ,, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi ,, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri ,, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari .. 

Muslimah itu, 
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi ,, 
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi ,, 
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi ,, 
Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy .. 

Muslimah itu, Adalah manusia biasa ,, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia ,,Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba ,,Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,,Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa ??

Kerana dia juga manusia biasa .. 
Apa-apa pun ,, 
Yang pastinya ,, 

Muslimah itu , 
Sentiasa bangkit bila terjatuh ,, 
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk ,, 
Sentiasa cuba untuk improve diri ,, 
Dari semasa ke semasa tanpa henti ,, 

Walau terkadang dia tersungkur ,, Itu bukan kerana dia lemah ,,Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula ,,Jadi kuat dari sebelumnya ,, Kerana dia berusaha ,, Untuk menjadi bidadari dunia ,, Dan juga di akhirat sana ..”

 ———————————————————————————— Dan, akulah salah seorang daripada Muslimah itu .. 
Di Saat Menjadi Jenazah !

Jika nanti aku (pemilik blog ini ) pergi menghadap Ilahi :'( 

Jangn tangisi pemergianku ! 

Cukuplah sedekahkn Al-Fatihah untukku .. =) 
Agar aku tenang di Sane ! :D 



remember : Mati itu Pasti ! Setiap yg benyawa pasti akn merasai Mati .. ! :'(  

Jika ad khilaf yg prnh ku lakukn .. harap di ampun ! 



Label:

| Aku , biasa2 sahaja |
Selasa, 17 Disember 2013 | 12:26 PG |

kamu ..
menganggap aku seolah2 tinggi ilmu pengetahuanku dalam bab agama..


kamu ..kagum dengan setiap 'post' ku dilaman sosial ..sehingga kamu ingin aku memimpin mu bersama ..mengajarmu apa yang aku ketahui ..

tahukah kamu ?
betapa aku terasa diriku ini kerdil..
tahukah kamu ?
betapa aku berasa tidak layak untukku memimpinmu ..

mengapa ?
kerna aku juga sepertimu..
masih kekurangan ilmu ..
malah ..
masih dahagakan ilmu2 tersebut ..
aku...rindu untuk ditarbiyah ..

wahai sahabat,andai setiap 'post' ku ini dapat memberi manfaat buatmu ..itu sudah cukup membuatku gembira..

maaf , wahai sahabat ..
andai aku gagal dalam memimpinmu .. 

kerna aku juga .....
sepertimu .......... ~

Label:

Sahabat :D
Sabtu, 14 Disember 2013 | 8:35 PTG |

Diriwayatkan bahawa, apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia.

 Mereka pun bertanya kepada Allah mengenai sahabat-sahabat mereka, "Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." 


Maka Allah berfirman, "Pergilah kamu ke neraka lalu keluarkanlah sahabat-sahabat kamu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)

Hasan Al-Basri juga pernah berkata, "Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari akhirat nanti."


Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukan aku di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanyakan kepada Allah tentangku."Moga selama persahabatan ini, aku pernah mengingatkan kamu kepada Allah. 


Sahabat-sahabatku, jangan lupa bertanya tentangku nanti, jika aku tiada di syurga :'(

Label:

Syahid seorang Pejuang :'(
Ahad, 8 Disember 2013 | 10:50 PG |


Berfikir sejenak. Tiba2 hati terdetik ingin menulis tentang seorang pejuang yang sudah pergi kembali padaNya. Kekadang apabila memikirkan pejuang itu sering kali membuatkan airmata ku menitis tanpa kusedari. Ya. Barangkali mugkin kagum dengan usahanya yang begitu mulia sehingga beliau digelar syahid dunia!

Allah. Tiba2 hatiku tersentak. Perasaan apa ini? Syahid?
Satu perktaan yang begitu mulia bahkan aku merasakan diri terlalu kerdil untuk mengapainya.

Bagi sy. Syahid itu mugkin satu anugerah yang diberikan Dia untuk hambaNya yang berjuang bermatian2 tanpa mengenal erti penat lelah dunia. Tiada memikirkan kesenangan. Kemewahan. Keseronokan bahkan didalan hatinya mugkin Cuma memikirkan perjuangan semata2 kerana Dia juga smata2 kerna ingin mencari RedhaNya!

Aku terfikir sendri. Kadang2 ku terjumpa kata2 pejuang itu yang membuatkan ku kagum dengan nya.

"aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mugkin sudah tiba masanya aku mngorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan dimuka bumi milik Sang Pencipta ini"


Ada lagi katanya yang membuatkan ku terfikir.

''perlu ada keredhaan Allah dalam setiap amalan kalian. sekiranya Allah Redha sedangkan seluruh dunia berpaling darimu. maka itu tidak penting. jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak. maka ia tidak memberi kesan apa2 pun. kerana itulah septutnya hanya Redha Allah semata2 yang menjadi tujuan dalam khidmat dakwah ini"


Mugkin sebahagian dripada mereka tahu siapakah pejuang yang kumaksud kan itu.
Dan kepada siapakah gelaran "As syahid" itu dianugerahkan Dia tuk hambaNya yang mulia.

Ketahuilah. Dialah “Ahmad Ammar Ahmad Azam” seorang pejuang yang telah syahid ditempat mulia bahkan dia juga telah menggalkan seribu kenangan juga sejarah yang mugkin dapat membangkitkan semangat ummah kepada kita smua. 

Trfikir. Apakah yang sudah dilakukan oleh pejuang syahid itu sehingga dia begitu dimuliakan oleh Tuhan kita(Allah) juga yang lainnya? Sehingga beliau dikebumikan bersama para shbat kekasih Dia (Rasulillah)yang disyahid dijalanNya. 

Allah..Allah. Allah. Sungguh mulia pejuang itu.

Teringat akan tazkirah yang telah disampaikan oleh penceramah turki sebelum pngembumian arwah.

"Alangkah bahagianya Ammar kerana akan bangkit bersama shbat Nabi Abu Ayub Al-Ansari yang akan berpegangan tgan dngan beliau. Kamu keluar dri Mlaysia dan dtang ke Istanbul lalu bgkit bersama shbat Nabi yang dtang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah swt"

Allah. Lihat? Tidakkah kita merasa cemburu apabila pejuang yang syahid itu akan bangkit brsama shbat Rasul? Pasti ada bukan?

Bagiku mugkin itu tanda kita masih punya iman. Ya. Mugkin juga ini adalah slah satu dari perancngan Dia tuk hambaNya yang berjihad dijalanNya juga untuk mnyedarkan kita yang sering lalai bahkan tidak mnyedari akan hakikat pejuangan yang sebnar. Kita bahkan mugkin terlalu mngikuti nafsu yang sering mnampakkan keindahan yang membuatkan manusia itu buta ! Allah. 

Ada satu kata2 yang diluahkan ibundanya.

"arwah cuma manusia biasa. Bahkan sama seperti kita. Yang mmbezakan kita dengan dia adalah akhlaknya"

Ya..akhlak! seperti yang sy bilang sebelumnya kita perlu memilih sama ada memilih kebaikan atau keburukan. Bukan Dia yg mnentukan siapa yang ingin berjuang dijlanNya bahkan kita sendri! 

Bahkan beliau tidak begitu dikenali rmai dari sebelumnya. Tapi selepas kematiannya yang mulia namanya dikenali bahkan mugkin dipelusuk dunia. Hanya Dia saja yang tahu. Bahkan ku merasakan itulah rezeki Tuhan kepada hambaNya yang sudah berpenat lelah berjuang dijlanNya. Allah. Sudah terbukti itu. Ku terfikir. Sungguh bertuah dan bahgia ibubapa itu kerana sudah melahirkan seorang syahid seperti”Ammar”bahkan mungkin amal soleh anaknya menjadi bantuan buat ibu bapanya diakhirat kelak. Allah. InsyaAllah. Itu saja yang mampu ku ungkapkan.
Ayuh kita bangkit dari kelalaian dunia. Lihat Allah sudah membantu kita dengan melahirkan seorang pejuang yang sudah gugur syahid untuk mnyedarkan kita semua tentang erti pejuangan yang sebenar. Jika jatuh bangkit. Ayuh. Dia ada bersama kita. Tidak pernah sesekali mnggalkan kita. Sudah terbuti dalam ayatNya yang suci. Surah Ad-Dhuha ayat 3

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu juga tidak membencimu"
Bahkan Dia sentiasa bersama kita 
"La takhof wala tahzan Innallah Hama’ana"

Sama2 kita berusha. Moga apa yang dismpaikan ini diterima Nya. Sungguh pejuangan dia kekadang membuatkan kita cemburu dan mgkin juga dapat menaikkan semngat tuk terus bangkit kerna Nya. Sy doakan smoga Dia juga turut memilih kita. Dlam memperjuangkan agamaNya setrusnya dpat bangkit bersama2 pejuang yang mulia "Arwah Ahmad Ammar" disyurgaNya kelak. Allah. Aamiin2. 

Arwah Ammar. Bahagialah engkau disana bersama bidadari disyurgaNya. Bergembiralah kamu. Biarkan kami yang memikul kembali pejuangan yang sudah engkau lakukan sepertimana yang sudah dilakukan para sahabat ketika wafatnya baginda saw. InsyaAllah. Moga Dia permudahkan segalanya. 


~ Sy mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dari pnyampaian sy. Apa yang baik itu datang daripda Allah dan apa yang lemah itu dtang dripada diri sy sendri. 


#AlFatihah untuk “Arwah Ahmad Ammar”

~ moga Dia Bantu. Moga Dia Redha ~ 

Label:

Syahid !
Sabtu, 7 Disember 2013 | 1:10 PG |

chat inbox kt fb ng sahabat yg comel ;) 


*poke her shoulder.

"Eytt , apa nii ? Cuit bahu orang?"

" nak mintak satu perkara, satu je,"

"Apa?"

"Tolong tembak saya ke Gaza, saya tembak awak, awak tembak saya. Syahid sama-sama jum ?"

*o* mata bersinar,

"Jom!"

Hehe 
 
Ada jodoh tak ke mana :D

tadi chat inbox ng seorang kwn :D name dy tut .. tut .. hehe 

kwn : yeay ! on9 pom !
sy    :  hehe .. fb awq kne blog ?
kwn : eh xla .. mksudnyer sy xleyh like status org .. :(
sy   :  ohw .. kesiannyer .. sabar naa .. hehe ..
kwn : kan .. perlu bersabar ^^
sy   : a'ah
kwn : sedihnyer .. awq . peliknye , tyme nk chatting ng awq , mesty sy ad hal .. :(
         ayh sy pegi ajk mkn kt luar ..
sy   : ohw .. xp la .. selagi ad RINDU .. selagi tu UKHUWWAH terjalin kn ?
        xp .. pegi la yaa .. nt awq lapar ..
kwn : ceh ! ad org tu jiwang ..hikhik
sy    : lw ayh awq xajk mkn .. nt awq sakit .. sy xder kt sane .. hehe :)
kwn : alolo .. caring nyer dy ..
sy    :  mesti lerr .. hehe ^^
kwn : kan .. sahabat sy mesti lerr jiwang ^^
sy    : ceh .. hehe
kwn : (Y)
sy    : p mkn nuh ! nt sakit ..
kwn : jap na .. tnggu adq ni haa .. lmbt nk bersiap ..
sy    : ohw .. plop daa ..
        eh , sy nk mkn jgx ni :D hehe ..
       jap ya .. jom mkn ng sy ..
kwn : alolo .. hihi .. jom ! assalamualaikum wak .. nt kitew smbung ag ya ..
         gonna miss u !
sy    : hehe .. waalaikumussalam wbt .. in shaa Allah .. miss u too <3


hehe ;) awq , jge dri , iman , hati , solat dan akhlak juga .. ;) 


jgn lupa SMILE ;)